Friday, December 5, 2008

19 HADIS RASULULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
  7. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Sesiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada ahli keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w; Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
  13. Apabila engkau dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya.
  15. Wanita yang berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Sesiapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 anaknya perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a, "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

Bersyukurlah wahai wanita......

No comments: