Thursday, December 4, 2008

KELEBIHAN WANITA

  1. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
  2. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
  3. seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat
  4. dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  5. wanita yang memberi minum susu dari badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
  6. jika wanita melayan dengan baik suaminya yang baru pulang ke rumah dalam keadaan letih, akan mendapat pahala jihad
  7. jika wanita menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sedang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  8. jika wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  9. jika wanita menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada yakut
  10. jika wanita tidak cukup tidur pada waktu malam kerana menjaga anak yang sakit, akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  11. wanita yang memerah susu kambing dengan lafaz 'Bismillah', binatang itu akan mendoakannya dengan doa keberkatan
  12. wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya
  13. wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
  14. wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  15. wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari
  16. wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari
  17. wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji
  18. sekiranya wanita mati pada tempoh 40 hari selepas besalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  19. jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
  20. jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabaran berita bahawa syurga wajib baginya
  21. jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa
  22. jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak
  23. wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya akan memasuki syurga
  24. jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat
  25. semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya, iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

BERSYUKURLAH KERANA MENJADI SEORANG WANITA!!!!

No comments: