Sunday, November 9, 2008

JANGAN

JANGAN!!!
Jangan, jangan dan jangan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotoriseluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atausumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakantidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana itu adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lamadan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu danmengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapamentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya iatelah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


renung2kan dan selamat beramal.....

salam..

Assalamualaikum.....

Kepada insan2 yg sedang dilamun cinta ...........Hayatilah munajat cinta ini.......dan pohonlah pada Allah swt........semogakita tergolong dalam golongan yg benar-benarberiman.....INSYAALLAH.........

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseoarang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU......
Ya Allah,
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU.......
Ya Rabbana
jika aku jatuh hati ,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU....
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merinduisyahid di jalan MU.......
Ya Allah
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai akumerindukan syurga MU.....
Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itumelebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......
Ya Allah
jika kau jatuh hati pada kekasih MU,jangan biarkan aku tertatihdan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU......
Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,jangan biarkan akumelampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadihanya kepada Mu.........
Ya Allah
engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cintapada Mu,telah berjumpa pada taat MU.telah bersatu dalam dakwah padaMU,telah berpadu dalam membela syariat Mu.kukuhkanlah ya Allah ikatannya.kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalanya .penuhilah hati-hati inidengan nur MU yang tiada pernah pudar . lapangkanlah dada-dada kami denganlimpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalanMU............
P/S :mudahan-mudahan kite dapat sampaikannya kepada muslimin/muslimah yglain..... renung dan tenungkanlah adakah kite boleh tergolong dalamgolongan muslimin dan muslimah yg mengharapkan cinta seseorang adalahkerana Allah dankekasihnya Nabi Muhammad saw..........CINTAKU PADAMU SETELAH CINTAKU PADAALLAH DAN RASULNYA...............wallahua'alam...........


AKU LUPA SIAPA BAGI NI NGAN AKU...BACALA AA.. tp aku rasa mcm ada yg xbetul..sama2lah kita nilai....

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

KERAK NASI UNTUK MAK...

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN
SALINTAMPAL DARI INTEAM.COM.MY

salam to evryone...akhirnya dapat jgk aku wat blog sendiri..ini pun masih awal2 lgi ni.... saja wat blog, berkongsi sesuatu yang baik, yang berfaedah, yang ada gunanya....semoga siapa2 yg view blog ni akan dapat sesuatu...hehehehhe.....any comment? komen jak...no hal..

tazkeerah hari ini..copy from inteam.com.my

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. IbuY
ang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata:
"Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Wednesday, October 22, 2008

cinta jemaah yang kecundang

Cinta Jemaah Yang Kecundang
1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab malukan... hehehr...tq...sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tqyang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer... nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,
----------------------------------------------------------------------

disalintampal dari bandaraya safa

ada jgk makhluk ALLAH yang macam ni...semoga kita tidak termasuk golongan makhluk semacam ini
haa....renung-renungkan dan selamat beramal